SELAMAT DATANG


KLIK FOR MORE INFO

Jumaat, 18 Julai 2014

Ribuan nyawa hilang dalam kes pesawat ditembak jatuh

Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:

21 Februari, 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.

September 1, 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.

3 Julai, 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes. Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai. 

29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.

17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.

-BERNAMA

Lagi Berita Pesawat Mas Terhempas Boeing 777 MH17

Belum lagi selesai pasal MH370. Negara sekali lagi dikejutkan dengan pesawat MAS Boeing MH17 yang terhempas.

Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas malam ini, kata setiausaha akhbarnya.

Bursa saham Amerika Syarikat (AS) menjunam hari ini susulan berita sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Ukraine serta laporan yang mengaitkannya ditembak jatuh mencetuskan kebimbangan baharu merebaknya konflik Russia. Dagangan purata Dow Jones merosot 43.74 mata (0.26 peratus) kepada 17,094.46.

Dagangan S&P 500 jatuh 9.58 mata (0.48 peratus) kepada 1,971.99, manakala dagangan Indek Komposit Nasdaq merosot 32.29 mata (0.73 percent) kepada 4,393.67. Siasatan segera akan dilakukan berikutan nahas tersebut Sumber : Berita Harian

Khamis, 17 Julai 2014

Kanser Di Dalam Mulut – Dr. Husna Razak


Benjolan dan ulser yang berpanjangan

Kanser terjadi apabila struktur genetik (DNA) yang mengawal pertumbuhan sel-sel badan anda mengalami perubahan dan mutasi. Akibatnya, pertumbuhan sel-sel itu tidak lagi dapat dikawal oleh badan menyebabkan kemunculan sel-sel kanser. Sel-sel kanser ini kemudiannya akan membesar dengan cepat untuk membentuk tumor. Kanser mulut merupakan kanser yang ke-sebelas paling kerap dikesan di Malaysia, di mana dua kes baru kanser mulut dikesan setiap hari. Di Malaysia, kanser mulut paling banyak dikesan di kalangan kaum India dan diikuti kaum-kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. 

Bagaimana kanser mulut boleh terjadi?
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser mulut:

 1. Merokok

 Seperti yang diketahui umum, beberapa bahan dalam rokok adalah “carcinogen” iaitu ejen yang menyebabkan kanser. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hampir 60% daripada pesakit yang menghidap kanser mulut adalah perokok. Semakin banyak dan semakin lama anda merokok, maka semakin tinggilah risiko anda untuk mendapat kanser mulut.

 2. Tembakau dan sirih

 Amalan mengunyah sirih dan tembakau juga berkaitan dengan peningkatan risiko kanser mulut di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara. Pengambilan sirih dan kapur, gambir, buah pinang dan sebagainya juga mengandungi “carcinogen” yang boleh menyebabkan kanser.

 3. Alkohol

 Tabiat mengambil minuman beralkohol dengan kerap meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser mulut sehingga 2.5 kali ganda atau sebanyak 155%. Risiko mendapat kanser mulut akan meningkat sehingga 5 kali ganda sekiranya anda seorang peminum alkohol tegar. Pengambilan alkohol dan tembakau (rokok atau kunyah) yang diambil bersama-sama dengan kerap boleh meningkatkan risiko mendapat kanser mulut berkali-kali ganda lagi.

 4. Human papilloma virus (HPV)

 HPV adalah sejenis virus penyakit kelamin yang boleh tersebar dari seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan. Virus ini terutamanya HPV 16 dan 18 boleh menjangkiti bahagian mulut kerana kulit di bahagian kelamin dan mulut tidak banyak bezanya dari segi struktur. Virus ini dikaitkan dengan kes-kes individu-individu yang menghidap kanser mulut tetapi tidak merokok dan mengamalkan pengambilan minuman beralkohol.

 5. Radiasi

 Radiasi dari sinar matahari, sinar X dan gamma juga boleh menyebabkan sel-sel mengalami mutasi sekiranya anda terdedah kepada sinaran-sinaran tersebut untuk jangka masa yang lama. Amalkan memakai ‘sunscreen’ pada kulit atau pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinar UV [Sun Protection Factor (SPF)] jika anda selalu terdedah kepada sinar matahari untuk jangka masa yang lama. 

6. Diet

 Walaupun kaitan makanan dengan kanser mulut tidaklah sekukuh merokok dan alkohol, terdapat beberapa kajian yang mendapati pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, terutamanya yang mengandugi karotin (contohnya lobak merah, tomato dan buah oren) boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser mulut. Malangnya, di Malaysia, ramai pesakit yang telah berada pada tahap teruk apabila dikesan menghidap kanser mulut. Hampir 70% kes yang dikesan di hospital-hospital di Malaysia telah berada pada Tahap III dan IV yang menyebabkan kurang dari separuh daripada jumlah pesakit yang dikesan menghidap kanser mulut akan dapat hidup lebih dari 5 tahun selepas kanser dikesan.

 Pemeriksaan sendiri kanser mulut Sumber: http://stjamesdentalgroupcudahy.wordpress.com

Pemeriksaan sendiri kanser mulut

Hal ini boleh dielakkan dengan pemeriksaan sendiri di rumah dan melakukan pemeriksaan berkala di klinik. Pemeriksaan mulut kita sendiri tidaklah sukar. Anda cuma perlukan cermin dan pencahayaan yang mencukupi, dan hanya perlu ikut langkah-langkah mudah seperti berikut:

 1. Berdiri di hadapan cermin. Keluarkan gigi palsu (jika ada). Bersihkan tangan anda dengan sabun dan air yang bersih.

2. Angkat bibir atas anda dengan menggunakan jari. Perhatikan sebarang keganjilan di bahagian dalam bibir dan gusi. Ulang langkah sama untuk bibir bawah. (Gambar A dan D)

3. Dengan ibu jari dan jari telunjuk, picit bibir anda perlahan-lahan. Pastikan tiada benjolan atau ulser. (Gambar B).

4. Tarik pipi kanan anda, perhatikan sebarang keganjilan di bahagian dalam pipi dan gusi belakang. Ulang langkah ini dengan pipi sebelah kiri. (Gambar C).

5. Dongak kepala anda dan lihat lelangit anda. Gunakan ibu jari dan tekan lelangit perlahan-lahan untuk memeriksa sebarang keganjilan yang mungkin ada. (Gambar E).

6. Tekan lidah anda menggunakan batang kayu aiskrim atau berus gigi. Perhatikan bahagian belakang lidah dan tekak anda. (Gambar F).

7. Seterusnya, angkat lidah dan periksa bahagian bawah lidah dan gusi berdekatan dengan lidah. (Gambar G).

8. Akhirnya, gerakkan lidah anda ke kiri dan periksa bahagian kanan lidah. Ulang langkah sama untuk sebelah kanan. (Gambar H).

Apakah yang patut anda cari ketika pemeriksaan mulut sendiri?

Tompok putih yang tidak hilang setelah disapu dengan kapas.
Tompok merah Tompok merah dan putih yang bercampur
Ulser atau luka yang berpanjangan
Sebarang benjolan di dalam mulut dan leher
Kesukaran mengunyah dan menelan makanan.

Namun begitu, kehadiran mana-mana tanda yang disebut di atas tidak bermakna anda menghidap kanser mulut. Ia boleh juga disebabkan oleh keadaan lain yang mungkin tidak berkaitan dengan kanser. Doktor anda akan memeriksa dan menjalankan beberapa ujian lanjutan sebelum menentukan penyakit yang anda hidapi ketika temujanji.

 Kesimpulannya, adalah penting untuk kanser mulut dikesan awal supaya rawatan boleh dijalankan segera bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Adalah lebih baik lagi jika tabiat yang meningkatkan risiko kanser mulut ini dihentikan sebagai langkah pencegahan.

 Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK) seorang pegawai pergigian yang sedang bertugas di Kota Bharu, Kelantan. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 Rujukan:

http://mouthcancermalaysia.um.edu.my/s tatistic.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20192598 http://www.cancerresearchuk.org/cancer-info/cancerstats/types/oral/riskfactors/oral-cancer-risk-factors http://www.aaoms.org/docs/media/oralcancerselfexam.pdf

sumber : 

Jumaat, 11 Julai 2014

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah




Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke bazar Ramadan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu. 

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini. 


Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah 

:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09 
 ( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 ) 

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:

 “Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”




KELEBIHAN SAHAM WAKAF

KELEBIHAN BERWAKAF Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai. Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan

Allah Taala sebagaimana firman Allah :-


 مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾ سورة البقرة : ۲٦١ 

 Mafhumnya :- “ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

 ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

 Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

 عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ 

(جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏ ﴿ رواه مسلم 

 Maksudnya :- “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. ( Hadis Riwayat Muslim ) 

 HIKMAH BERWAKAF Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud: Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

Khamis, 10 Julai 2014

Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang

Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini: 

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk. 

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri. 

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya. 

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu. 

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya. 

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu? 

Suami : Tapi ustaz.. 

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.

Isnin, 7 Julai 2014

TRAGIS !!! Kasih Abang Sampai Ke Mati…


Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki. 

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam. 

 Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara. 

 Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu. Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik. 

Katanya , dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera. 

 “Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur. 

“Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia,” katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia. – myMetro.

Sabtu, 5 Julai 2014

SELUAR BERUSIA 3,300 TAHUN DITEMUI

Beijing: Penemuan sehelai seluar yang dipercayai berusia lebih 3,000 tahun adalah sesuatu yang mengejutkan dan sekalipun ia kelihatan usang dan lusuh tetapi tetap kelihatan utuh. Seluar itu ditemui bersama pakaian lain di kawasan perkuburan Yanghai di Lembangan Tarim, di China.

Seluar yang diperbuat daripada tiga cebisan kain itu dijahit bersama dan hasil tenunan dapat dilihat dipermukaannya. Lebih menarik lagi, ia dipercayai pakaian yang digunakan untuk menunggang kuda. Seluar yang dianggarkan berusia lebih 3,300 tahun itu juga dianggap sebagai yang tertua pernah ditemui.

 Penemuan itu juga memberi ilham kepada penyelidik Ulrike Beck dari Institut Arkeologi Jerman di Berlin untuk mencadangkan bahawa penciptaan seluar itu adalah untuk digunakan bagi menunggang kuda. 

Penyelidik turut menemui serpihan seluar bulu yang dipercayai digunakan sejak abad ke 10 dan 13 sebelum Masihi.

Seluar tertua untuk menunggang itu dipercayai mula digunakan sejak 4,000 tahun lalu.

Penyelidik juga menemui peralatan kuda dan senjata. Mereka membuat andaian bahawa ciptaan pakaian itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu untuk dua kaki dan kemaluan, dikaitkan dengan zaman baharu menunggang kuda bertujuan memudahkan pergerakan ketika berperang. Penyelidik menyifatkan seluar sebagai perlindungan yang penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti fizikal. Ia lebih bersesuaian berbanding jenis pakaian lain seperti jubah.

 Laporan penemuan itu sudah dikeluarkan untuk kegunaan antarabangsa dan menyokong idea penciptaan seluar menunggang untuk kegunaan gembala yang sering berpindah-randah. - AGENSI

 SUMBER : BERITA HARIAN

Jumaat, 4 Julai 2014

RAKYAT MALAYSIA KONGSI PEMBELIAN DALAM TALIAN DI LAMAN SOSIAL

Coretan dari Akhbar ~~~

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2013(Bernama) -- Majoriti pembeli Malaysia berminat untuk berkongsi pembelian dalam talian mereka di laman rangkaian sosial popular seperti Facebook, Twitter dan Pinterest, demikian menurut syarikat e-dagang utama Jepun, Rakuten Inc.

 Ia berkata mengikut kajian yang dikeluarkan baru-baru ini daripada Indeks E-dagang mereka, kaji selidik global mengenai trend membeli-belah, lebih dua pertiga (67 peratus) daripada mereka yang disoal di Malaysia akan mengesyorkan produk melalui platform media sosial mereka. "Kecenderungan Malaysia untuk membeli-belah secara sosial menonjol pada skala global, berada di tempat kedua selepas Indonesia yang mengambil tempat teratas dengan 78 peratus," demikian menurut Rakuten dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut syarikat itu, buat kali pertama Malaysia dimasukkan dalam kajian yang mendapati keutamaan membeli-belah secara sosial di pasaran. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Shopping Masaya Ueno, berkata penemuan menunjukkan bahawa Malaysia memanfaatkan gelombang membeli-belah sosial, selaras dengan trend global. 

"Terdapat peningkatan yang pasti dalam pengguna menggunakan talian membeli-belah mereka dalam dua tahun yang lalu dan kami menjangka ini terus meningkat pada kadar yang stabil, terutama dengan proliferasi menghubungkan rangkaian sosial kepada laman e-dagang.

"Ia menandakan keperluan untuk membeli-belah dalam talian untuk mengintegrasikan ciri-ciri yang membolehkan pengguna dengan mudah berkongsi pembelian mereka di saluran sosial dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman mereka secara keseluruhan selaras dengan permintaan dan tingkah laku mereka," katanya.

 -- BERNAMA

Maksudnya.. peningkatan pembelian dalam talian di laman sosial di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Khamis, 3 Julai 2014

Cara Gunakan Bitly

Assallammualaikum semua.. saja nak share bagi yang tak tau kegunaan BITLY. kegunaan benda ni adalah.. bagi pendek korang punya pautan je.

Contohnya link ni..

Sebelum :

https://www.facebook.com/awanarifcollection?ref=tn_tnmn

Selepas :

http://on.fb.me/1o4nxZB

gini la jadinya.. selamat mencuba:)