SELAMAT DATANG


KLIK FOR MORE INFO

Selasa, 16 Ogos 2016

Membaca itu jambatan ilmu

Assallammualaikum semua..

Saya terfikir.. masa di sekolah dulu. Cikgu selalu pesan. Kena baca buku.. ulangkaji.. baca ni.. baca tu.. huhu... Sehinggakan ada masa tu. Saya masih d sekolah menengah. Ada diadakan kempen membaca. Nama apa tah.. 'nilam' kot.

Pelajar diberi peluang membaca 10 minit sebelum proses pembelajaran bermula. Siap ada buku lagi..untuk rekod buku apa di baca.. di suruh tulis tajuk buku. Penulis. Muka Surat. Sinopsisnya dan moral of the story. Masa tu kadang.. kita baca buku kadang bukan nak faham sangat pun. Hoho.. p perpustakaan. Pilih buku yang nak di baca. Amik maklumat untuk di tulis kat 'buku rekod'. Sekadar untuk penuhkan quota (betul ke ejaan tu).

Tapi.. not all the time gitu. Hehe.. pasal kita suka membaca apa. Hihi.. bila dah tua ni.. baru la nak didik diri ni supaya banyak membaca. Membaca tu kan.. jendela dunia.

Sekarang ni.. saya banyak beli novel.. kiranya suka kumpul novel la juga.. pastu beli buku motivasi. Buku keibubapaan. Buku kanak2..(untuk anak2 kami).

Hinggakan anak sulung saya kata."umie ni.. asyik beli buku jer.. bukan nak beli makann.." hehe.. tapi xpa la. Nanti dia faham juga nanti. Hehe..

Buat sahabat blogger semua..

jika korang nak beli buku.. sudi2kan la melawat fanpage saya.

> Kedai Online Awana

Jangan lupa Like & Share yer.

Terima kasih.

Ahad, 7 Ogos 2016

Infaq Kasut dan Beg Sekolah Untuk Anak Yatim

Update Terkini 7.8.2016 : tinggal 15 orang kosong lagi untuk Infaq Beg sekolah dan Kasut.

Bismillah...

Atas Permintaan sekejap tadi...Jom bersama kita menempah saham Akhirat.

Infaq Beg Sekolah dan Kasut Sekolah kepada seramai 26 orang anak2 Yatim Kg.Langsat Ranau, Sabah adalah sangat diperlukan dan Kita akan membawa anak2 Yatim tersebut pada14.8.2016 depan inshaallah.

Kos untuk seorang adalah RM55 (Beg Sekolah & Kasut) sahabat yang nak infaq boleh salurkan infaq ke akaun dibawah dan mohon Watsapp atau Pm resit sumbangan ke 0128400133 Terima kasih.

Mohon Sebarkan...Semoga Allah menerima Amalan sahabat...Amin

Copy paste daripada fb Ustad Muhammad Irwan Teo

Selasa, 2 Ogos 2016

Bye July Welcome August

Salam all..

Kini daku nak meriahkan teratak usang. Biar berseri gitu. Huhu

And start this month August nak blogwalking. Saja lawat2 bloggers yang ada tinggal jejak. Tapi slow sikit la kot. Pasal tab ni slow sikit.

Tambahan pula..dah ada c kecil ni. Makin payah nak menaip dan mengarang ni. Huhu.. baru kita pegang tab or hp. C kecil datang and nak tolong menaip sama.

Oh ya.. Lama sangat2 dah tak join giveaway. Ada sesapa yang buat giveaway? Tinggal kan la URL yer. Insyallah aku cuba join.

Bye

Jari Mula Menaip

Assallammualaikum semua..

Bertahun rasanya tak masuk blog ni. Cian ko sana blog. Huhu.. Tahun masuk tahun ke dua aku menyandang jawatan Suri Rumah. Dah berbelas tahun kerja. Pastu tiba-tiba kena duduk rumah.

Nasib la ada juga si kecil yang dah nak masuk setahun ni kat rumah masa pagi. Petang nya pula.. bila abangnya balik. Riuh lah pula. Syukur kepadaNya dikurniakan dua orang hero yang aktif. Ada pasangan yang belum ada rezeki anak. InsyAllah ada juga rezeki nanti.

Dengan anak kecik yang baru masuk setahun ni. Berfikir gak nak kerja. Tapi bila fikir2 balik. Elok gak duduk rumah. Tumpukan perhatian pada anak2.

Mmm.. pening2. Huhu.. wokey la. Nanti coret2 lagi.

Selasa, 10 Mac 2015

I'm Pregnant

Assallammualaikum wahai blogger semua..

Sejak balik dari Sabah bulan Nov lalu. takda masa nak masuk blog. ke nak update blog ke.. Morning sickness buat tambah takde mood nak meng"update'.

But now, kandungan dah mencecah 20 minggu. Alhamdullillah... sejak 18 minggu hari tu.. loya, muntah, mual segala. dah berkurang. selera makan pun dah bertambah. ni berat pun dah bertambah. timbang baru ni.. naik 3kg. Esok nak ke klinik. harap2 hb, berat semuanya okay. :)

Anak sulung pun tak sabar menanti kelahiran adiknya. selalu sangat p usap perut umienya.. hahaha.. sian dia sorang. main pun sorang... takde teman. kalau balik Sabah. ada gak teman dia bermain. sepupunya ada kat sana. sekarang ni.. malam tidur selalu lewat. sangat.. tu kadang buat risau. nak masukkan dia sekolah tahun depan. ni selalu bangun lewat cemana..

anyway.. untuk 2nd baby ni.. tetap jadi anak kelahiran Sabah. seperti juga abangnya. so.. berpantang pun kat Sabah nanti. Ramai kengkawan masa keja dulu pun akan dapat baby baru tahun ini.. harap2 semuanya berjalan lancar kan.. bagaimana pula rakan2 blogger? korang tak menambah 'rakyat' ker..:)

sekian untuk entri kali ini..

** rakan blogger yang ada bertandang kat sini.. InsyAllah nanti kiter lawat korang semula yer :)

Khamis, 13 November 2014

Pagi yang indah

Assallammualaikum semua...

Lamanya tak jenguk blog ni.. Masih sibuk dengan kehidupan seharian. Membataskan untuk post entri Kat sini... Rindunya nak join segment. Ada sesapa yang buat segment ke?

Ingat naik buat segment sendiri. Tapi xberkesempatan lagi. Insyallah akan di buat juga nanti.

Here I am.. In Kedah.. Takziah buat kawan2 yang rumah diaorang kena bencana ya.

Akhir kata.. Nanti bila dah free. Blog korang ku lawat.:)

Rabu, 24 September 2014

Thank You CT


Assallammualaikum.. 
Hadiah dterima dengan selamat.

Hah! walaupun xseberapa. Namun Saya hargainya. Terima kasih Cik CT. 

Semoga tercapai segala apa yang d hajatkan. Amin..
rezeki Ada d mana2. Yang pending DOA, usaha.


Selasa, 23 September 2014

Selamat Malam

Assallammualaikum semua.. Maaf bebanyak kerana lama tak singgah kat blog korang. Teringgin blog walking. Tetapi situasi tak mengizinkan.

Macam naik bersawang dah blog ni takde tetamu tan masuk. Empunya blog pun tak masuk.

O ya.. Nanti next entri naik masukkan hadiah daripada blogger cik ct. walaupun tak seberapa. Tapi hadiah tu sapa naik bagi free kan. Apapun, yang penting enjoy.:-)

Jumaat, 5 September 2014

Pertandingan Memancing Udang Galah

Bagi Penduduk Sabah yang Suka Memancing.. Nah! Ada pertandingan Memancing Udang Galah (Kg. Suasa, Beaufort). Sempena Hari Malaysia.

Maklumat Lanjut : KLIK Sini

Pertandingan Memancing Udang Galah - HADIAH LUMAYAN MENANTI